Saturday, 4 July 2015

Bubur Lambuk

Baru aku sedar hari ni dah masuk Ramadan yang ke-18. Itu pun sebab terbaca di Facebook. Culas betul aku mengira ni. Sedar-sedar dah nak habis Ramadan. Paraiii..

         Semalam ada aktiviti masak-masak di masjid. Mula jam 11 pagi, tapi pukul 11 pagi masih di bilik, tunggu orang panggil. Hehe.. Semasa zaman junior semester 1, seorang pensyarah aku pernah keluarkan kenyataan yang pada pendapat aku kebanyakan orang akan setuju,  "Hari Sabtu adalah hari tidur sedunia". Haha.. Memanglah kan? Korang yang hujung minggunya Sabtu dan Ahad mesti akan tunggu hari Sabtu, sebab nak rehat habis-habisan punya. Atas alasan itulah aku bermalas-malasan di bilik, dan ada sedikit sungutan di hati bila dikerah untuk memasak.

        Program masak-masak yang dibuat ni sebenarnya di bawah Biro Dokumentasi, diorang memang dah tak ada aktivit nak anjur, jadi main rembat saja yang mana berkenan. Dan juadah yang dimasak adalah bubur lambuk. Tujuan asalnya adalah untuk dibahagikan kepada penduduk di Inderasabah. Kehadiran ahli JPP memang mengecewakan. Kalau aku sendiri tidak hadir bertambah lagi kekecewaannya. 

        Kami mula masak lebih kurang pukul 12.30, selepas semua bahan siap disediakan. Memasak bubur lambuk ni memang lama dan leceh. Sebab itu kena buat ramai-ramai. Dan aku macam biasa berfungsi sebagai penyedia bahan dan tolong godak. Haha.. Aku mana reti masak. Kira ok jugalah sebab ini pengalaman pertama aku masak bubur lambuk.

        Selepas pukul 4.30 petang, bubur lambuk siap dimasak dan cepat-cepat dibungkus, sebab kalau ikutkan tentatif, sepatutnya dah selesai pengagihan. Mungkin si pembuat kertas kerja pun baru rasa pengalaman pertama masak bubur lambuk, sebab itu tersasar jauh dia punya anggaran masa. Bertambah 'seronok' pengalaman aku ni bila 3 orang lelaki hilang dari situasi. Tinggallah aku dengan si Sabfil, untuk mengangkut bubur lambuk sebanyak 100 bungkus. Syukur ada junior 2 orang, Syukri dan Azmie yang sudi membantu. Mereka ikut sama mengagih bubur di sana. 

        Perjalanan mengambil masa dalam 20 minit. Sesampainya aku di sana, terkejut beruk melanda jiwa dan raga aku. Sangkaku kami akan mengagih bubur di kampung biasa yang berlantaikan tanah, rupa-rupanya di perkampungan nelayan yang rumahnya terpacak di atas air. Mula-mula masuk ok, sebab jalan dia lebar lagi dan berpaku. Bila dah masuk dalam sikit mulalah jumpa jalan yang hanya ada 3 keping papan yang melengkung apabila dipijak dan tidak berpaku. Terserlahlah aku punya gayat di depan orang. Sampai penghuni di situ pun tidak putus ingatkan aku untuk berhati-hati. Hahaha.. Ketara betul gayat aku ni. 


        Selesai mengagih bubur, kami pun dengan yakin dan suka ria berjalan balik ke pacuan empat roda. Sampai di kereta,baru kami perasan rupa-rupanya ada lagi satu kotak yang belum diagihkan. Banyak pula tu. Haha.. Kelam kabut semua dibuatnya. Kami pun main serah je pada siapa-siapa yang ada depan mata. Sebab memang dah dekat waktu berbuka. Sampai di IPG, tinggal lagi 10 minit sebelum berbuka, yang hairannya cuma ada 3 orang yang datang untuk berbuka walaupun hidangannya banyak. Sampai waktu berbuka pun memang tidak ramai yang datang sampaikan banyak makanan yang lebih. 

        Sebelum ni aku pernah dengar dari mulut kawan aku, yang suami seorang pensyarah yang guide kami masak itu sebenar masakannya tidaklah sesedap mana, cuma lagaknya yang lebih. Semalam semasa memasak memang aku kagum dengan dia punya kemahiran dan ilmu, sampaikan bau bubur lambuk menguasai kawasan dalam masjid. Tapi bila aku makan, rasanya macam kurang. Hahaha.. Tak tahulah sama ada kami yang tersalah buat atau memang dia yang terlebih lagak. 

Monday, 22 June 2015

Lekor Vakum

Aku bukanlah satu-satunya orang Terengganu di sini. Kami berempat. Tiga dari batch aku, dan seorang lagi super senior(semester 8). Umumnya, apabila orang di sini tahu yang aku berasal dari Terengganu, diorang akan minta aku bawakkan diorang keropok lekor, sama ada secara acah-acah atau betul-betul. Pelbagai alasan aku bagi. Bukan tidak mahu bawakkan, cuma aku risau kalau-kalau lekor tu basi. Puas aku cakap, yang makanan ni tidak tahan lama tapi tetap juga diorang nak. Dan yang hairannya cuma pada aku diorang minta kirim.

          Buka semester baru, dua orang kawan aku, Sabahan, minta kirim belikan diorang lekor. Aku pun cuba juga bagi alasan seperti biasa. Tapi diorang ni degil, nak juga aku bawakkan. Seorang bagi alasan mak dia yang nak  merasa, membuatkan aku serba salah. Jadi aku pun pergi la ke Pasar Payang, mencari lekor yang vakum punya. Selepas dicuba, bagi aku rasa dia ok. Masih ada 'keterengganuan ' di situ. Jadi aku pun laju bertanya pada kawan aku, berapa dia nak? Jawabnya dua bungkus. Jari aku gatal lagi. Kali ni aku tanya lagi, cukup ke? Sekali dia balas empat bungkuslah. Terkejut juga. Empat bungkus, tambah lagi satu bungkus untuk kawan aku yang lagi satu, dah jadi lima bungkus. Boleh tahan beratnya. Selepas tulah baru aku decide nak beli baggage.

         Nak menarikkan lagi cerita ni, dua hari sebelum aku pulang ke Sabah, (Khamis) aku ke Pasar Payang lagi. Niatnya cuma nak bertanya berapa lama lekor ni boleh tahan. Dua hari dalam peti sejuk. Itu yang mak cik penjual tu cakap selepas aku beritahu aku pulang hari Sabtu. Kepala aku buat kira-kira, bajet-bajet dan pertimbangan segera. Dan aku beli. Lima bungkus dengan harga RM23. Berbaloi. Sampai di rumah, cepat-cepat aku masukkan lekor-lekor tu ke dalam peti sejuk. Masa tu aku  masih lagi was-was, boleh tahan ke lekor ni sampai Ahad? Kawan aku kedua-duanya balik ke kampus hari Ahad. Bagi memujuk hati dan kepala yang dah tak cukup masa nak fikir, aku anggap je lekor-lekor tu selamat di bawah lindungan Allah. 

          Sabtu. Aku selamat sampai ke kampus dengan Ain dan Nadiah pukul 8.30 malam. Aku telefon mak aku, cakap yang aku dah sampai, dan dia ingatkan aku untuk keluarkan lekor daripada beg. And I did it. Tengah hari esok, tergerak hati aku nak menjenguk lekor-lekor tu. Terkejut. Kanja. Setok. Lekor-lekor tu basah sebab wap dan keluar, dan dalam bungkusannya ada air. Cuak. Aku cuba hidu. Bau dia boleh tahan busuknya. Aku beritahu kakak aku. Dia cakap sebab aku tidak masukkan dalam peti sejuk. Laju kaki aku meluru pergi cari peti sejuk di masjid. Selesai simpan, aku mesej kawan aku, cakap yang aku baru je masukkan lekor dia dalam peti sejuk dan mintak dia ambil segera. Malam tu, 8.30 malam baru dia datang ambil. Dalam peti sejuk tinggal lagi satu.

          Dan tadi, bungkusan terakhir tu aku ambil. Serah kepada pengirimnya. Aku pesan, kalau dah tak elok, jangan makan, bagi kucing je. Dia tengok, dan cakap masih elok lagi. Beberapa minit selepas tu, dia mesej, cakap lekor tu dah basi. Allahu. Mood aku merudum. Terus aku teringat pada kawan aku yang dah bayar RM20 tadi pagi. Macam mana kalau dia punya pun basi juga? Sampai sekarang aku gelisah. Rasa nak tanya tu ada, tapi rasa segan tu lagi tebal. Jadi aku pun conteng la benda dalam kepala aku dekat blog, dengan harapan lega sikit selepas ni. Sekian cerita aku pasal keropok lekor vakum. Lepas ni, kalau aku bawa lekor, aku pastikan yang dah bergoreng saja yang dibawa. Berhuhu la aku malam ni.
   

Ini dia rupa lekor vakum tu. Gambar dicuri dari blog lain. Hihi..

Thursday, 18 June 2015

Satu Ramadan

Semalam sebelum mata aku terlelap, kepala aku rancak mengingat balik memori-memori masa bersahur, berbuka, berterawih dan membeli di bazaar. Rasa segar semacam. Macam baru lagi. Sekali kepala aku cakap itu memori 2 tahun lepas. Hahahaha.. Baru aku teringat tahun lepas 29 hari aku berpuasa di Sabah. Beraya pun di sana. Yang itu langsung aku tak teirngat, yang di kampung juga dikenang. Hihihi..

         Berbaki 3 hari lagi cuti, atau mungkin 2, aku berpeluang juga berpuasa di rumah. Dan inshaallah tahun ini aku beraya di kampung, bukan lagi di Semporna. Alhamdulillah. Sebut pasal beraya di Semporna, teringat pula dekat seorang bakal junior aku ni. Orang Selangor. Tidak balik raya. Kesian pun ada juga. Sebab aku sendiri dah rasa macam mana beraya jauh daripada keluarga walaupun masih di Malaysia, walaupun aku tidak berapa faham mengapa raya itu seronok dan ditunggu-tunggu oleh kebanyakan orang. Hahaha.. Pengakuan jujur.

         Aku pernah juga rasa macam raya ni syurga dunia, tapi masa kecil la. Sekarang bila dah besar panjang aku dah tak faham erti raya.  Dan aku rasa pada adik-beradik aku yang lain pun begitu juga. Tiada gelak ketawa semasa beraya. Kenapa? Biarlah rahsia. Biarlah jadi kenangan manis kami je. =). Yang penting aku masih lagi bersama keluarga. Susah senang bersama.

         Memandangkan tinggal 2 hari lagi sebelum aku pulang ke Sabah, tekak aku ni nak pula merasa makanan bazaar di sini. Bazaar yang hampir dengan IPG aku memang dah lenyap, dah jadi lebuh raya. Hahaha.. Memang tak merasalah suasana puasa petang-petang. Tadi sempat juga aku beli air tebu, puding, keropok lekor(wajib), lauk dengan 'nekbak'. 'Nekbak' ni yang susah nak cari, mungkin di Terengganu je kot ada, atau mungkin di semenanjung saja. Muncul je bulan puasa kuih nama nekbak pun keluar juga. Itu yang rare pasal kuih ni. Kebiasaannya hari pertama puasa lauk di rumah mesti gempak-gempak di kebanyak rumah, tapi di rumah aku sama je. Cuma hari terakhir saja yang kurang sikit juadah, sebab dah hilang semangat puasa. Haha.. Mungkin semua rumah juga macam tu kot.

        Puasa aku tahun ni kira havoc sikit la sebab hari ketiga nanti aku berbuka dalam kapal terbang. Haha.. Airasia buat hal tukar aku punya flight. Dari pukul 12.30 tengah hari, ditukarnya aku ke pukul 3.40 petang dan dijadualkan sampai di Tawau pukul 6.30 petang. Haru juga. Hahaha.. Di Tawau sekarang ni berbuka pukul 6.23 petang. Tak tahu macam mana rupanya berbuka dalam kapal terbang ni. Apa-apa pun aku kena sediakan air juga. In case pihak Airasia tak bagi apa-apa. 

 p/s : Okay juga hari pertama ni. Takde lah penat mana walaupun dah lama tak puasa. :-P

Wednesday, 17 June 2015

Junior IPG (Bahagian 2)

*Sesi membuang habuk pada blog.
Lebih kurang ada 5 hari saja lagi sebelum pengajian aku bermula. Cuti pulak berbaki 3 hari lagi. Dan macam biasa, bila sudah sampai hujung-hujung cuti akan ada banyak perkara yang aku menyesal sebab tidak dapat buat. Hahaha.. Apa-apa pun aku tetap bersyukur dengan keputusan untuk PPISMP semester 2, lebih baik daripada yang lepas. #3.26. Mungkin pada sesetengah orang keputusan aku ni tidaklah seberapa bagus, tetapi pada aku dah cukup baik. Lagipun lepas ni pointer ni dah tidak dikira. Hello degree! Hahaha..

        Disebabkan tinggal beberapa hari saja lagi sebelum pagar IPG buka untuk menyambut para pelajar yang gigih ni, aku nak buat sedikit panduan untuk  adik-adik yang bakal masuk untuk tahun ni bagi mengambil 'feeling' senior. Hahaha..

2. MINGGU KULIAH

Selepas habis MPPB kamu semua bolehlah merasa masuk kuliah. Hari pertama belum belajar lagi mungkin. Macam sekolahlah jugak. Lantik AJK-AJK yang patut dalam kelas tu. Mentor setiap kelas akan ada. Jadi perkara-perkara di bawah ni kamu perlu tahu dan kena sediakan mental sebagai seorang junior. Hihihi..

i. Pakaian Kuliah
   Lelaki: Baju kemeja lengan panjang, seluar slack, kasut kulit
   Perempuan: Baju kurung, kasut kulit bertumit, bertudung(Muslim), kemeja lengan panjang dan    skirt labuh(non Muslim)

Senang cakap rujuk pakaian cikgu-cikgu kamu di sekolah ya. Hahaha.. Macam mana mereka pakai macam tu jugalah kamu pakai. Bagi perempuan, kemeja hanya dibenarkan bagi non Muslim sahaja. Baju yang ketat dilarang sama sekali. Kebaya pun tidak dibenarkan.

ii. Tempoh Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Disebabkan kamu dilatih untuk jadi guru, maka P&P pun bermula sama seperti sekolah. Jam 7.30 pagi kuliah bermula sehingga jam 1 petang. Bagi junior, disebabkan kamu hanya ada 2 semester untuk PPISMP, maka jam kuliah akan dipanjang sehingga jam 4. Itu paling lewat. Bukan hari-hari, pada hari tertentu sahaja. Mohon tidak mengeluh ya, sebab di IPT lain ada yang sampai jam 5 setiap hari.

iii. Peratus Kehadiran

Perkara ini yang membezakan IPG dengan IPT lain. Peratus kehadiran pelajar kalau tidak silap mesti sekurang-kurangnya 90%. Kalau didapati kurang, kemungkinan untuk tidak layak menduduki peperiksaan itu ada. Jadi hati-hati. Biasanya kehadiran pelajar di IPG ke kuliah adalah 100%. Haaa..jangan terkejut. Tiada yang berani ponteng melainkan tidak hadir secara bersebab. Semester lepas pun kelas aku setiap hari kehadiran 100%. Yang keluar sebab terlibat dengan aktiviti tu adalah.

iv. Aktiviti / Program IPG

Semua program dan aktiviti yang dijalankan di IPG mesti disertai, atau boleh juga dikatakan sebagai wajib. Sebab pelajar di IPG dibayar untuk belajar dan mengikuti aktiviti di sana. Hahaha.. Lebih-lebih junior, mana ada peluang nak elak, sentiasa kena cari. Jadi, junior jugalah biasanya  yang dikerah tenaga untuk membuat persiapan program. Hatta ketika bulan puasa pun. Jadi mohon bersedia dan jangan pernah bersungut. Setiap orang juga pernah kena.

3. PERKARA-PERKARA LAIN

i. Elaun

Elaun akan diberikan sebanyak RM430 seorang. Itu jumlah bersih setelah ditolak yuran asrama. Ada yang cakap bayaran elaun bergantung pada kawasan. Bila dah masuk PISMP nanti elaun akan bertambah sebanyak sekian-sekian yang belum aku tahu, Sedang menunggu.

ii. Barang Larangan

Ini pun aku kurang jelas. Hahaha.. Tapi kalau di IPG aku peralatan elektrik yang menggunakan elektrik yang banyak seperti speaker besar, seterika tidak boleh dibawa. Jika didapati kantoi kompaun akan dikenakan. Ambik kau, elaun dah sikit kena lagi kompaun.

Rasanya cukuplah itu setakat itu saja ya. Nanti dah masuk pandai-pandailah kamu explore ya. Bukan juga susah hidup di IPG. Selepas satu semester kamu akan faham cara hidup di sana. Selamat datang kepada semua bakal guru-guru pelatih. Peace.

Tuesday, 9 June 2015

Lauk Semalam

Tadi aku ke bandar ambil kakak aku. Baru sampai dari Dungun. Sekarang dah bising rumah aku dengan sangka kala dia. Kakak aku yang sulung pulak kirim belikan buku yang ada cerita pasal handphone, yang selalu aku beli dulu sebelum pakai smartphone.

        Tengah-tengah cari di terminal bas, kami (aku dengan kakak aku) lalu depan sebuah gerai makan. Mak cik yang jaga gerai tu cepat-cepat bangun, mempelawa kami duduk. Kakak aku pula pusing kiri buat-buat tak tahu. Tiba-tiba aku tersentuh dengan perbuatan mak cik tu. Usia dia kira-kira lebih kurang sama dengan mak aku. Aku pusing balik, pura-pura tengok senarai makanan gerai dia, mak cik tu perasan, sekali lagi dia mempelawa aku duduk. Aku senyum, sambil geleng-geleng kepala. Mata aku masa tu macam dah tak nampak jalan. Cuma nampak mak cik tu saja.

         Baru aku sedar selama aku sombong, selalu melihat orang di atas, lupa pada orang di bawah. Mak cik tu satu orang je jaga gerai dia. Orang lain kebanyakannya yang muda saja. Aku selalu pandang hidup aku susah. Hanya sebab aku tiada ayah. Padahal mak aku tidak pernah kerja meniaga macam tu, berdepan dengan pelanggan. Hidup aku memang beruntung. Tidak pernah aku berlapar. Cuma aku yang sombong. Sarapan hari ni pun aku belum sentuh. Tidak salah hidup membanding, asalkan memandu kita ke arah kebaikan.

         Semalam pun aku ada ternampak seorang mak cik yang mungkin layak aku panggil nenek, menjual sayur di pasar minggu. Aku kira mungkin tiada orang nak membeli sayur petang-petang hari. Berpanas di tanah beralaskan kanvas. Seorang. Cuma payung yang meneduhkan sayur-sayur dia. Memang aku lagi beruntung. Aku selalu pandang jiran aku yang dahulunya hidup lagi susah dari aku sekarang sudah berkereta, berumah cantik. Memang hilang syukur masa tu. Allahu.. Benih syukur tiada dalam hati aku. Rakus dan sombong memakan diri. Lauk 3 hari lepas masih ada dalam peti, tidak disentuh, hanya kerana sentiasa ada lauk baru dalam rumah aku.

Allahu,,memang hidup aku jauh lebih beruntung.

Monday, 8 June 2015

Junior IPG

Entah kenapa sekarang ni aku liat semcam je nak update blog. Berangan je lebih. Hahaha.. Macam-macam alasan aku kasi dalam kepala. Tapi kali ni aku paksa juga diri untuk update, sebab mengenangkan masa aku dulu aku tak jumpa panduan yang boleh buat aku lega sikit sebelum masuk IPG nih, jadi niatkan nak tolong adik-adiklah kiranya. Bertemankan lagu Korea yang sedih ni aku bagi sedikit info untuk kamu semua yang akan menjejakkan kaki ke IPG.

1. MINGGU PENDAFTARAN & PENGURUSAN PELAJAR BAHARU.

Di IPG kami panggil MPPB je. Kalau sebut je pasal benda alah ni ramailah yang mula mengungkit-ungkit kesengsaraan mereka. Hahaah.. Aku sendiri pun ada celah-celah sikit. Jadi apa yang kamu perlu tahu tentang MPPB ni?

 i. Pakaian
    Lelaki : Baju kemeja putih, seluar slack hitam, kasut kulit
    Perempuan : Baju kurung putih, kain hitam, kasut kulit bertumit.

Kalau tidak silaplah, kasut tu mungkin warna hitam. Jadi kalau tak nak rasa awkward atau jadi perhatian, pakailah kasut hitam. Pakaian sama tidak mengira bangsa atau agama ya. Nak senang kamu tengok macam mana pakaian budak tingkatan 6 dulu, sebijiklah. Dinasihatkan untuk bawa lebih daripada sepasang ya. Jangan jadi macam aku, bawak sepasang. Hari pertama pakai dari pukul 3 pagi sampai 1 pagi esoknya. Siangnya tu pakai lagi. Bau memang macam haram sikit.

 ii. Pendaftaran
   
Pendaftaran mungkin bermula seawal jam 8 pagi. Dinasihatkan datang awal ya. Sebab dalam pukul 11 macam tu akan ada taklimat. Masa aku dulu aku sampai pukul 10++, sebab baru landing, datang-datang tak sempat daftar. Yuran dibayar masa hari kejadian.

  iii. Asrama

Selepas taklimat kolej kediaman, kamu akan diberikan kunci bilik. Satu dibilik dua orang mungkin. Bergantung pada kampus. Perlu diingatkan, selepas masuk bilik kemungkinan tiada masa untuk kemas-kemas, sebab senior memang dah gatal tangan nak seksa kamu semua. Hahaha.. Sarung bantal, cadar dan selimut mohon bawa. Pihak kolej kediaman hanya sediakan bantal dan tilam.

   iv. "Pengurusan Pelajar"

Ini yang paling ditunggu-tunggu oleh fasilitator-fasilitator yang tak berapa nak terpilih ni. Mereka memang dah merancang macam mana nak seksa kepala otak kamu semua tanpa ada sentuhan fizikal. Okay? Hahaha.. Jadi tenang-tenang saja. benda ni tak lama pun, jadi aku mohon bersabar, mental kena kuat. Tapi mungkin untuk batch tahun ni tidak seteruk yang sebelum-sebelum ni. Sebab kamu semua masuk time bulan puasa kan? Jadi kami pun menghormati juga bulan mulia ni. Hehehe.

Baiklah, rasanya itu saja yang kamu perlu tahu tentang MPPB. Nanti aku akan updatekan pasal hidup di IPG pulak. Dah dekat zohor ni.


Saturday, 30 May 2015

Kecutian

Dah agak lama blog ni tidak diupdate. Semuanya gara-gara peperiksaan yang memang hampir membunuh aku. Selepas dapat tahu yang markah kerja kursus subjek major aku macam haram, aku punya usaha untuk exam kali ni lain macam. Memang betul-betul aku struggle. Tapi tetap juga aku melayan lagu-lagu di Youtube, takkan nak bazirkan internet laju kan? Hahaha.. Tapi betul, aku punya persediaan kali tak macam semester lepas. Kalau semester lepas aku belajar seorang-seorang dalam kalangan budak opsyen lain, kali ni aku belajar dengan budak opsyen aku sendiri. Nampak juga kewarasan aku di situ. Tiap-tiap malam Acap akan bertandang ke bilik aku, ulang kaji sama-sama. Soal boleh jawab tak boleh jawab belakang cerita, sebab hakikatnya memang pedih untuk diterima. Isk isk...

          Dan sekarang aku di rumah. Hari ketiga di rumah. Tiba-tiba macam rasa kosong pula. Rindu kampus mungkin. Hahaha.. Hari pertama di rumah selera aku hilang. Entah ke mana. Hari ni rasa macam dah ok sikit. Mungkin aku rindu berlapar dengan kawan-kawan di IPG.

        Cuti aku kali ni memang tak pernah berubah daripada cuti-cuti sekolah sebelum ni. Aku di rumah menunggu cuti habis. Tak pernah aku melawat melancong melepak ke mana. Cuma di rumah. Akan aku usahakan untuk baca buku-buku yang dah dibeli tu sampai habis. Movie-movie yang bersarang dalam laptop ni pun akan dihabistontonkan. Tiga minggu cuti tu tak lama, tapi akan terasa lama kalau tiada aktiviti yang diisi. Oh ya! Semalam dah keluar keputusan panggilan IPG untuk junior-junior aku. Seorang daripada 3 orang kawan aku lulus temuduga. Dapat opsyen Sains juga, tapi di kampus Ipoh. Syukur bukan di Tawau. Hahaha.. Nanti aku akan buat entri untuk budak-budak baru ni, sebagai guide yang diharap dapat membantu.

p/s: Dah habiskan 2 buah buku, 5 lagi menanti. Esok nak tambah lagi bilangan buku baru. Hihi..

Friday, 15 May 2015

Jaga Solat

Di IPG aku ni ada satu budaya yang tidak dipandang berat, penting, walhal ada yang mempersoalkan kewujudan budaya ni. Gush ataupun ziarah yang dilakukan bagi tujuan mengajak orang ke masjid. Biasanya dilakukan selepas maghrib setiap hari Jumaat di sini. Budaya ni dihidupkan oleh warden aku sendiri, Pak Uda. Mungkin satu hari nanti aku akan buat entri pasal Pak Uda. Panjang kalau nak diceritakan sekarang.

          Dipendekkan cerita, tadi selepas maghrib Pak Uda ni datang ke bilik aku dengan jemaahnya. Segan juga aku nak menjamu mereka dengan bilik macam lepas banjir aku ni. Tapi alang-alang dia dah terlajak masuk aku relakan juga. Macam biasa kiasan Pak Uda ni lain, orang dah banyak makan garam begitulah gamaknya. Sampailah pada satu kenyataan yang menyentapkan hati batu aku. "Kalau solat tak boleh jaga maka semua benda pun tak boleh jaga." Lebih kurang macam itulah ayat Pak Uda tadi. Terus kepala otak aku tayang perkara-perkara yang tampak ketidakberhasilannya dalam hidup sekarang. Tunduk. Hahahaha... Rasa kesal pula masuk bertamu sekali dalam bilik. Kata Pak Uda, cara nak jaga solat adalah dengan
  1. Solat di awal waktu
  2. Solat secara berjemaah
  3. Solat pada tempat di mana azan dilaungkan, dan
  4. Solat dengan takbir yang pertama
            Memang banyak kali sudah aku dengar Pak Uda cakap tentang ni, tapi sebab lama sangat tak dengar buat aku sentap dalam-dalam berabis. Mulai esok pasang azam kemas-kemas nak jaga solat. Hihihi.. Semoga berjaya. 
 

Thursday, 14 May 2015

Taklimat Peperiksaan

Bila tibanya panggilan ke taklimat peperiksaan, maknanya dah dekat nak examlah tu. Bila dah exam tu maknanya dah dekat nak baliklah tu. Tapi kali ni aku tak tahu kenapa aku kurang sangat berfikir pasal balik kampung, yang ada dalam kepala aku pasal exam saja. Kalau semester lepas, 50 hari sebelum balik aku dah mula countdown. Mungkin sebab aku tak pernah balik sebelum cuti semester. Setengah tahun di Sabah. Disebabkan tadi diadakan taklimat peperiksaan, rasa berdebar makin memuncak dalam dada ni. Semoga dipermudahkan.

p/s: 6 hari lagi.
Dewan Rafflesia

Bikin pening

Semalam masa kelas fizik, pensyarah bagi tahu markah kerja kimia aku lebih kurang sama macam fizik je. Mental aku terus je ranap. Dalam diam aku whatsapp pensyarah kimia aku, tanya gred kerja kursus. Dan respon dia memang menghancurkan hati aku. B. Kedua paling rendah dalam rendah. Tiba-tiba rasa rendah diri datang. Rasa diri paling bangang dalam kelas menyerbu aku.

          Itu baru satu, tadi lepas kelas kimia, Ketua Jabatan minta aku dengan kawan-kawan jumpa dia. Aku dah agak pasal apa dia nak sembang. Dan sekali lagi hati aku jatuh luruh gugur berkecai bila dapat tahu gred kerja kursus biologi pun B juga. Tebal semacam je rasa muka aku tadi. Panasnya tak boleh nak describe kat sini. Tiga B, untuk semua subjek major aku. Lepas aku tengok markah biologi dalam laptop pensyarah, barulah aku tahu yang kedudukan aku sekarang ni di tempat kedua dari belakang. Malu kot. Sekarang tengah cari semangat belajar, supaya dapat cover sikit kecacatan kerja kursus.

          Dan masa kelas kimia tadi pula, kakak aku mesej, bagi tahu mak aku di kampung mula rasa sakit-sakit lepas terjatuh 2 hari lepas. Mak aku terjatuh masa nak menutup pintu, tombol pintu tu tertanggal. Kakak aku cakap sampai terbaring mak aku. Meleleh juga air mata aku dalam kelas tadi, tapi aku pandai sorok, nanti orang salah sangka pula. Dengan usia mak aku yang dah mencecah 61 tahun, kemalangan macam tu tidak mustahil boleh menjejaskan kesihatan dia. Dan dengan usia macam itu jugalah degilnya semacam. Manalah dia nak dengar nasihat anak. Minta ke klinik tak mahu, minta pergi berurut pun tak mahu. Sabar. Sebab itulah patuh pada ibu bapa ni lebih utama dari jihad, sebab perjuangan ini lama. Sabar dengan ragam ibu bapa ni besar ganjarannya.

          Disebabkan keputusan yang macam hantu, aku kenalah belajar bersungguh-sungguh. Tidak boleh main-main lagi. Cuma tinggal 7 hari saja lagi sebelum hari peperiksaan. Setiap kali aku telefon mak aku, dia selalu pesan aku untuk membaca betul-betul, dan mengatakan dia tidak pernah putus mendoakan aku. Sebak. Tapi perangai hantu aku tetap juga sama. Hmmmm....

p/s: Azam nak jadi anak baik!

Monday, 11 May 2015

Perlu ke memaki?

Pernah tak anda dimaki tanpa anda nampak di mana keperluan memaki itu sendiri? Kalau berdasarkan pengamatan aku sendiri memang tiadalah keperluan memaki ni tidak kira pada situasi apa sekali pun. Tapi itulah yang membuatkan aku cukup-cukup terasa apabila dimaki. Orang akan label aku ni maha suci jika aku menampakkan keterasaan aku tu. (gangguan bahasa) Jadi alternatif yang diambil adalah diam.
          Sekarang aku mula boleh menerima kepelbagaian ragam manusia. Ada manusia yang boleh dibawa bergurau mengikut cara apa-apa pun, dan ada yang boleh bergurau dengan gurauan-gurauan tertentu sahaja, dan ada juga yang tidak boleh dibawa bergurau langsung. Macam aku ni memang aku tidak boleh terima guruan yang berunsurkan makian. Tapi jarang aku tunjuk yang aku ni terasa. Biasanya aku terus diam dan seboleh-bolehnya cuba untuk lari dari situasi. Orang mungkin menganggap  aku ni sebagai seorang yang tidak boleh dibawa bergurau walaupun sebenarnya aku ok. Prinsip aku mudah, asalkan tiada kata-kata makian dan tidak menjatuhkan maruah, aku boleh terima.

           Semalam aku dimaki di laman sosial, mungkin salah aku sendiri. Mungkin selepas ni aku kena lebih berhati-hati. Macam aku nyatakan tadi, ada orang hanya boleh bergurau dengan gurauan-gurauan tertentu sahaja. Macam aku sendiri. Terasa. Cukup terasa. Aku dulu pun pernah juga memaki orang, tapi yang ringan-ringan sajalah. Hahaha..Tapi bila dah boleh berfikir dengan usia 30-an, aku mula sedar yang memang tiada keperluannya untuk aku memaki orang, sekali pun bergurau. Salah satu sebabnya adalah aku sendiri yang tidak mahu orang menuturkan kata-kata kesat pada aku, jadi caranya adalah dengan aku mengelak daripada menuturkanya pada orang. Kata-kata pujangga Inggeris ada berkata, treat others the way you like to be treated. Tapi dalam Islam pula mengajar kita supaya treat others more than you like to be treated. Alasan aku kukuh bukan? Hahaha.. Jangan buat orang kalau kita tidak mahu dibuat orang. Lagipun aku tak nak anak-anak aku (semoga dikurniakan anak) nanti cakap benda yang bukan-bukan, bukan mahu menjaga status, tapi memang itulah antara nilai Islam yang perlu dipraktikkan. Jadi contoh yang baik perlu aku tunjukkan. Wink wink..

           Dulu masa darjah 5, cikgu Sains aku pernah cakap, orang Terengganu kalau bercakap mesti ada perkataan 'bodoh', 'menatang' dan sebagainya sebab sudah menjadi kebiasaan dan bukannya niat seseorang itu untuk menuturkannya. Masa tu aku macam boleh terimalah, tapi bila sel otak dah berhubung, aku mula rasa janggal dengan hipotesis menyeleweng cikgu aku tu. Sebabnya benda ni boleh diubah dan boleh juga dibentuk. Kalau persekitaran dia subur dengan kata-kata makian maka itulah yang menyebabkan dia terbiasa. Think twice. A smart person knows what to say, a wise person knows whether or not to say it. Hihi..

p/s: Aku ada kuliah ganti pukul 8, sekarang masih di bilik.. Kwang3...

Monday, 4 May 2015

Kecewa

Fizik lagi. Subjek yang paling kerap hilangkan mood aku, buat badan aku jadi lesu, putus asa, meratap merintih (over sikit) dan kadang-kadang buat muka aku nampak macam beruk mengeram. Jujur, aku tidak suka fizik. Aku sendiri tidak tahu kenapa. Mungkin sebab minda aku dah tetapkan untuk tidak suka subjek tu. Susah? Aku tidak pernah anggap ada sesuatu subjek atau pelajaran khususnya sebagai susah, ekstrem, mahu tercabut nyawa atau yang sewaktu lagi dengannya. Pada aku, jika sesuatu perkara itu susah, macam mana ada orang yang boleh berjaya dalam bidang itu? Itu yang selalu aku pegang, sampai sekarang, walaupun hakikatnya gagal memotivasikan aku bila sampai pada benda fizik ni. Hehehehe..
  
          Hari ni aku dapat tahu markah kerja kursus fizik aku. 65. Ketiga paling rendah dalam kelas. Malu, rendah diri, rasa tak berguna tiba-tiba menyerbu. Keberapa paling rendah atau paling tinggi tidak penting sebenarnya, yang penting adalah markah itu sendiri. Kalau paling tinggi tapi 65 buat apa kan? Hahahaha..  Aku tahu usaha aku sebenarnya tidaklah  seganas mana pun. Mungkin setimpal sudah balasan yang aku terima ni. Tapi kecewa itu selalu ada. Selalu. Sebab benda fizik tidak pernah ceriakan aku. Buntu kepala otak fikir, kenapalah aku susah sangat nak terima fizik dalam hidup aku.

           Sebelum aku mohon IPG ni, aku fikir opsyen Sains ni belajar subjek Sains sekolah rendah, atau paling tinggi pun Sains menengah atas, (ampunkan pemikiran cetekku), rupa-rupanya silibusnya sama macam di matrik, asasi sains, atau tingkatan 6. Jadi sekali lagi Allah ketemukan aku dengan fizik walhal aku dah nekad, selepas SPM aku dah tak nak belajar fizik lagi. Namun jodoh kami kuat. Fizik ni mengada-ngada nakkan aku, aku jual mahal. Jadi bagi anda yang nak jadi guru sains tapi tak suka belajar subjek sains yang tertentu tu mungkin anda silap ya, anda tidak boleh lari dari benda ni semua. Matikan niat untuk jadi guru sains, ataupun lupakan niat mahu jadi cikgu tu sekali. Hahahaha.. Sekarang tinggal beberapa hari saja lagi sebelum peperiksaan akhir. Walaupun markah peperiksaan untuk subjek major hanya mewakili 50% daripada markah keseluruhan, aku tetap tidak yakin mampu skor cemerlang dalam peperiksaan. Apatah lagi sejak tahu markah kerja kursus. Aku sangat-sangat down sekarang. Muka pun macam apa je masa menaip ni. 

Memujuk hati yang lara...
  
          Tapi kan, yang dapat markah tinggi tu adalah beberapa orang yang nampak kesungguhan dia, tapi ada juga satu orang yang buat aku menyampah dengan markah dia. Ini bukan nak mengumpat, tapi nak pujuk hati aku. Hahahaha.. Usahanya last minute, copy kerja orang sikit-sikit supaya senang kerjanya, tapi markah dia meletup habis. Memanglah dia ni expert sikit daripada kami yang anak-anak ikan ni kalau bab belajar, tapi kalau bab kerja, hampeh. Jadi dari situ aku nampak bahawa markah yang tinggi itu sebenarnya tidak membawa makna yang besar jika perangai, sikap kita sendiri tidak menggambarkan kita layak menerimanya. Usaha aku memang kecil, jadi kecillah yang aku dapat. Tapi kalau usaha kecil disertakan dengan menipu besar, insyaAllah, besar juga kot kau dapat. Hehehe.. But no worries, di situ kita nampak lemahnya penilaian manusia. Ingatlah kata-kata yang tidak berpujangga dari aku, "Manusia menilai pada hasil, tetapi Tuhan menilai pada usaha". Jadi pastikan usaha itu dahulu berkat sebelum menimba hasil. Walaupun aku punya usaha kecil, tapi alhamdulillah aku jujur. Bukan mahu membangga diri, tapi itu yang dapat memujuk hati aku. Moga dapat dielakkan daripada riyak. 

            Jadi sekarang, fokus pada peperiksaan. Tapi hidup dan mati aku tetap kena berasbabkan Allah. Lupa Allah rosak semua. Jangan sampai kerana peperikasaan, solat jemaah kelaut, akhlak ke langit, hubungan dengan manusia ke tanah. Biarlah seimbang. Kejar dunia tidak salah, tapi jangan sampai bertuhankan dunia sekali. Kejar akhirat, dunia pun dapat kan? 

p/s: tengok movie dulu bhaaaaaa.... 

Friday, 1 May 2015

Mereput

Hari Pekerja. Kali pertama dapat rasa cuti sempena hari pekerja sampai 4 hari. Sebelum-sebelum mulut aku ni tahu bersungut je minta cuti, sebabnya dah lama sangat tak merasa hujung minggu katanya. Tiap-tiap minggu ada aktiviti, kem, jadi fasi, sekali Tuhan bagi cuti 4 hari ni tiba-tiba rasa bosan. Hati pula membuak-buak minta ada program, dasar minta kaki. 

          Untuk cuti yang tidak berapa panjang bagi warga semenanjung ni, memang tiadalah yang mahu pulang ke kampung. Biasanya masa-masa macam nilah mereka guna untuk teroka Borneo Utara ni. Dan bagi yang jenis berjimat macam aku ni, bilik adalah destinasi percutian aku. Bukan sayangkan duit, aku ada matlamat terdekat aku sendiri. Aku tidak seperti mereka, tidak ada tanggungan. Walaupun masih belajar, masih muda tapi aku dah anggap aku ni sebahagian daripada pencari rezeki untuk keluarga. Dan sasaran aku yang terdekat sekarang adalah untuk menyokong sedikit kewangan keluarga untuk memperbaiki rumah kami yang rosak. Dah tujuh tahun rumah kami tersadai. Diceroboh. Jadi atas dasar itulah aku berjimat, mahu membantu  setakat yang aku mampu untuk sedikit keselesaan.

          Kawan-kawan aku dari kelas Pendidikan Islam satu kelas pergi buat rombongan ke Kundasang, Ranau. Cemburu tu adalah juga datang menjenguk, mahu diabaikan pun susah juga, kerap bebenor dia datang. Tapi aku pujuk juga hati aku ni supaya bersabar. Tidak bagus cemburu-cemburu ni. Pernah aku terbaca dalam satu majalah tu yang mengatakan, cemburu itu ibarat protes terhadap takdir Allah ke atas seseorang. Melihatkan diri kita yang kerdil bertongkat rapuh ini, tak payahlah nak cemburu sangat, setiap perkara itu boleh jadi suatu bentuk ujian dan kadang-kadang juga suatu bentuk nikmat. Syukur masih diberi peluang perbaiki diri.


Wisma Semarak

         Disebabkan kebanyakan warga Sabah ni pulang ke kampung halaman masng-masing, kami yang di asrama ini pun tinggal beberapa kerat saja. Lagi-lagi penghuni lelaki. Memang dah jadi kebiasaan pelajar lelaki lebih sedikit berbanding pelajar perempuan, tidak kira di mana-mana IPT pun. Jadi timbullah masalah untuk solat jumaat di sini. Kebiasaannya yang memenuhkan masjid bagi melayakkan solat Jumaat dijalankan di sini adalah tenaga pengajar, staf-staf dan pelajar. Masa cuti macam pensyarah manalah yang rajin datang bertandang ke sini. Masa dah semput nak masuk waktu solat barulah kami terkinja-kinja cari masjid mana nak pergi. Aku cadangkan pergi masjid luar, memandangkan bilangan kami yang memang tidak mencukupi. Kemudian muncul pula seorang hamba Allah ni bagi idea BAEKKKK punya. Dia cakap memandangkan warden kami tidak dapat dihubungi (minta ajak warden solat di masjid luar), maka dia pun menyeru kami warga Wisma Semarak ni supaya solat Zohor saja di masjid. Tidak lama lepas tu, dengarlah dia melaungkan azan dengan yakin. Masa tu aku rasa nak marah pun ada, rasa nak gelak pun ada. Mazhab manalah yang meyakinkan dia ni.

          Aku dengan 3 orang kawan aku pun tidak hiraukan azan dia tu, kami laju je meluncur ke pagar asrama, tekad mahu solat di masjid luar. Sampai je di luar kawasan asrama, takdir Allah menemukan kami dengan seorang pensyarah yang tinggal di kuaters, berjalan mahu ke masjid. Kami pun meyakinkan dia yang solat Jumaat tidak boleh dijalankan di sini kerana bilangan jemaah yang tidak mencukupi. Dia pun bersetuju mahu bawa kami solat di masjid luar, dengan si muazzin tu sekali. Masuk je si muazzin tu dalam kereta, laju je pensyarah tu tanya "Ramai juga makmumnya, Mal?". Kami yang di belakang ni tertahan-tahan gelak. Hahahaha. Itulah, lain kali jangan nak memandai sangat kalau ilmu tu kurang, bukanlah aku nak cakap aku ni serba tahu, tapi sekurang-kurangnya bincanglah dulu, minta pendapat. Ini tidak, ikut kepala dia saja, kan dah malu. Hihihihi.

Monday, 27 April 2015

Salam

Assalamualaikum. Sebagai permulaan, intro aku ni tak ada apa-apa isi, cuma nak bagi tahu yang ini merupakan blog baru, menggantikan yang lama (dah dipadam atas faktor peribadi). Aku belum pasti lagi sama ada mahu mendedahkan identiti aku dalam blog ini atau tidak. Sebab tidak mahu kedapatan seperti baru-baru ni. Bukanlah bermaksud aku suka mengata mengutuk orang di blog, tidak pernah, cuma aku tidak mahu orang terdekat membaca tulisan kanak-kanak aku, sekurang-kurangnya biarlah matang dulu. Till then, bye.