Thursday, 18 June 2015

Satu Ramadan

Semalam sebelum mata aku terlelap, kepala aku rancak mengingat balik memori-memori masa bersahur, berbuka, berterawih dan membeli di bazaar. Rasa segar semacam. Macam baru lagi. Sekali kepala aku cakap itu memori 2 tahun lepas. Hahahaha.. Baru aku teringat tahun lepas 29 hari aku berpuasa di Sabah. Beraya pun di sana. Yang itu langsung aku tak teirngat, yang di kampung juga dikenang. Hihihi..

         Berbaki 3 hari lagi cuti, atau mungkin 2, aku berpeluang juga berpuasa di rumah. Dan inshaallah tahun ini aku beraya di kampung, bukan lagi di Semporna. Alhamdulillah. Sebut pasal beraya di Semporna, teringat pula dekat seorang bakal junior aku ni. Orang Selangor. Tidak balik raya. Kesian pun ada juga. Sebab aku sendiri dah rasa macam mana beraya jauh daripada keluarga walaupun masih di Malaysia, walaupun aku tidak berapa faham mengapa raya itu seronok dan ditunggu-tunggu oleh kebanyakan orang. Hahaha.. Pengakuan jujur.

         Aku pernah juga rasa macam raya ni syurga dunia, tapi masa kecil la. Sekarang bila dah besar panjang aku dah tak faham erti raya.  Dan aku rasa pada adik-beradik aku yang lain pun begitu juga. Tiada gelak ketawa semasa beraya. Kenapa? Biarlah rahsia. Biarlah jadi kenangan manis kami je. =). Yang penting aku masih lagi bersama keluarga. Susah senang bersama.

         Memandangkan tinggal 2 hari lagi sebelum aku pulang ke Sabah, tekak aku ni nak pula merasa makanan bazaar di sini. Bazaar yang hampir dengan IPG aku memang dah lenyap, dah jadi lebuh raya. Hahaha.. Memang tak merasalah suasana puasa petang-petang. Tadi sempat juga aku beli air tebu, puding, keropok lekor(wajib), lauk dengan 'nekbak'. 'Nekbak' ni yang susah nak cari, mungkin di Terengganu je kot ada, atau mungkin di semenanjung saja. Muncul je bulan puasa kuih nama nekbak pun keluar juga. Itu yang rare pasal kuih ni. Kebiasaannya hari pertama puasa lauk di rumah mesti gempak-gempak di kebanyak rumah, tapi di rumah aku sama je. Cuma hari terakhir saja yang kurang sikit juadah, sebab dah hilang semangat puasa. Haha.. Mungkin semua rumah juga macam tu kot.

        Puasa aku tahun ni kira havoc sikit la sebab hari ketiga nanti aku berbuka dalam kapal terbang. Haha.. Airasia buat hal tukar aku punya flight. Dari pukul 12.30 tengah hari, ditukarnya aku ke pukul 3.40 petang dan dijadualkan sampai di Tawau pukul 6.30 petang. Haru juga. Hahaha.. Di Tawau sekarang ni berbuka pukul 6.23 petang. Tak tahu macam mana rupanya berbuka dalam kapal terbang ni. Apa-apa pun aku kena sediakan air juga. In case pihak Airasia tak bagi apa-apa. 

 p/s : Okay juga hari pertama ni. Takde lah penat mana walaupun dah lama tak puasa. :-P

No comments:

Post a Comment