Wednesday, 17 June 2015

Junior IPG (Bahagian 2)

*Sesi membuang habuk pada blog.
Lebih kurang ada 5 hari saja lagi sebelum pengajian aku bermula. Cuti pulak berbaki 3 hari lagi. Dan macam biasa, bila sudah sampai hujung-hujung cuti akan ada banyak perkara yang aku menyesal sebab tidak dapat buat. Hahaha.. Apa-apa pun aku tetap bersyukur dengan keputusan untuk PPISMP semester 2, lebih baik daripada yang lepas. #3.26. Mungkin pada sesetengah orang keputusan aku ni tidaklah seberapa bagus, tetapi pada aku dah cukup baik. Lagipun lepas ni pointer ni dah tidak dikira. Hello degree! Hahaha..

        Disebabkan tinggal beberapa hari saja lagi sebelum pagar IPG buka untuk menyambut para pelajar yang gigih ni, aku nak buat sedikit panduan untuk  adik-adik yang bakal masuk untuk tahun ni bagi mengambil 'feeling' senior. Hahaha..

2. MINGGU KULIAH

Selepas habis MPPB kamu semua bolehlah merasa masuk kuliah. Hari pertama belum belajar lagi mungkin. Macam sekolahlah jugak. Lantik AJK-AJK yang patut dalam kelas tu. Mentor setiap kelas akan ada. Jadi perkara-perkara di bawah ni kamu perlu tahu dan kena sediakan mental sebagai seorang junior. Hihihi..

i. Pakaian Kuliah
   Lelaki: Baju kemeja lengan panjang, seluar slack, kasut kulit
   Perempuan: Baju kurung, kasut kulit bertumit, bertudung(Muslim), kemeja lengan panjang dan    skirt labuh(non Muslim)

Senang cakap rujuk pakaian cikgu-cikgu kamu di sekolah ya. Hahaha.. Macam mana mereka pakai macam tu jugalah kamu pakai. Bagi perempuan, kemeja hanya dibenarkan bagi non Muslim sahaja. Baju yang ketat dilarang sama sekali. Kebaya pun tidak dibenarkan.

ii. Tempoh Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Disebabkan kamu dilatih untuk jadi guru, maka P&P pun bermula sama seperti sekolah. Jam 7.30 pagi kuliah bermula sehingga jam 1 petang. Bagi junior, disebabkan kamu hanya ada 2 semester untuk PPISMP, maka jam kuliah akan dipanjang sehingga jam 4. Itu paling lewat. Bukan hari-hari, pada hari tertentu sahaja. Mohon tidak mengeluh ya, sebab di IPT lain ada yang sampai jam 5 setiap hari.

iii. Peratus Kehadiran

Perkara ini yang membezakan IPG dengan IPT lain. Peratus kehadiran pelajar kalau tidak silap mesti sekurang-kurangnya 90%. Kalau didapati kurang, kemungkinan untuk tidak layak menduduki peperiksaan itu ada. Jadi hati-hati. Biasanya kehadiran pelajar di IPG ke kuliah adalah 100%. Haaa..jangan terkejut. Tiada yang berani ponteng melainkan tidak hadir secara bersebab. Semester lepas pun kelas aku setiap hari kehadiran 100%. Yang keluar sebab terlibat dengan aktiviti tu adalah.

iv. Aktiviti / Program IPG

Semua program dan aktiviti yang dijalankan di IPG mesti disertai, atau boleh juga dikatakan sebagai wajib. Sebab pelajar di IPG dibayar untuk belajar dan mengikuti aktiviti di sana. Hahaha.. Lebih-lebih junior, mana ada peluang nak elak, sentiasa kena cari. Jadi, junior jugalah biasanya  yang dikerah tenaga untuk membuat persiapan program. Hatta ketika bulan puasa pun. Jadi mohon bersedia dan jangan pernah bersungut. Setiap orang juga pernah kena.

3. PERKARA-PERKARA LAIN

i. Elaun

Elaun akan diberikan sebanyak RM430 seorang. Itu jumlah bersih setelah ditolak yuran asrama. Ada yang cakap bayaran elaun bergantung pada kawasan. Bila dah masuk PISMP nanti elaun akan bertambah sebanyak sekian-sekian yang belum aku tahu, Sedang menunggu.

ii. Barang Larangan

Ini pun aku kurang jelas. Hahaha.. Tapi kalau di IPG aku peralatan elektrik yang menggunakan elektrik yang banyak seperti speaker besar, seterika tidak boleh dibawa. Jika didapati kantoi kompaun akan dikenakan. Ambik kau, elaun dah sikit kena lagi kompaun.

Rasanya cukuplah itu setakat itu saja ya. Nanti dah masuk pandai-pandailah kamu explore ya. Bukan juga susah hidup di IPG. Selepas satu semester kamu akan faham cara hidup di sana. Selamat datang kepada semua bakal guru-guru pelatih. Peace.

No comments:

Post a Comment