Tuesday, 9 June 2015

Lauk Semalam

Tadi aku ke bandar ambil kakak aku. Baru sampai dari Dungun. Sekarang dah bising rumah aku dengan sangka kala dia. Kakak aku yang sulung pulak kirim belikan buku yang ada cerita pasal handphone, yang selalu aku beli dulu sebelum pakai smartphone.

        Tengah-tengah cari di terminal bas, kami (aku dengan kakak aku) lalu depan sebuah gerai makan. Mak cik yang jaga gerai tu cepat-cepat bangun, mempelawa kami duduk. Kakak aku pula pusing kiri buat-buat tak tahu. Tiba-tiba aku tersentuh dengan perbuatan mak cik tu. Usia dia kira-kira lebih kurang sama dengan mak aku. Aku pusing balik, pura-pura tengok senarai makanan gerai dia, mak cik tu perasan, sekali lagi dia mempelawa aku duduk. Aku senyum, sambil geleng-geleng kepala. Mata aku masa tu macam dah tak nampak jalan. Cuma nampak mak cik tu saja.

         Baru aku sedar selama aku sombong, selalu melihat orang di atas, lupa pada orang di bawah. Mak cik tu satu orang je jaga gerai dia. Orang lain kebanyakannya yang muda saja. Aku selalu pandang hidup aku susah. Hanya sebab aku tiada ayah. Padahal mak aku tidak pernah kerja meniaga macam tu, berdepan dengan pelanggan. Hidup aku memang beruntung. Tidak pernah aku berlapar. Cuma aku yang sombong. Sarapan hari ni pun aku belum sentuh. Tidak salah hidup membanding, asalkan memandu kita ke arah kebaikan.

         Semalam pun aku ada ternampak seorang mak cik yang mungkin layak aku panggil nenek, menjual sayur di pasar minggu. Aku kira mungkin tiada orang nak membeli sayur petang-petang hari. Berpanas di tanah beralaskan kanvas. Seorang. Cuma payung yang meneduhkan sayur-sayur dia. Memang aku lagi beruntung. Aku selalu pandang jiran aku yang dahulunya hidup lagi susah dari aku sekarang sudah berkereta, berumah cantik. Memang hilang syukur masa tu. Allahu.. Benih syukur tiada dalam hati aku. Rakus dan sombong memakan diri. Lauk 3 hari lepas masih ada dalam peti, tidak disentuh, hanya kerana sentiasa ada lauk baru dalam rumah aku.

Allahu,,memang hidup aku jauh lebih beruntung.

No comments:

Post a Comment