Aku bukanlah satu-satunya orang Terengganu di sini. Kami berempat. Tiga dari batch aku, dan seorang lagi super senior(semester 8). Umumnya, apabila orang di sini tahu yang aku berasal dari Terengganu, diorang akan minta aku bawakkan diorang keropok lekor, sama ada secara acah-acah atau betul-betul. Pelbagai alasan aku bagi. Bukan tidak mahu bawakkan, cuma aku risau kalau-kalau lekor tu basi. Puas aku cakap, yang makanan ni tidak tahan lama tapi tetap juga diorang nak. Dan yang hairannya cuma pada aku diorang minta kirim.
Buka semester baru, dua orang kawan aku, Sabahan, minta kirim belikan diorang lekor. Aku pun cuba juga bagi alasan seperti biasa. Tapi diorang ni degil, nak juga aku bawakkan. Seorang bagi alasan mak dia yang nak merasa, membuatkan aku serba salah. Jadi aku pun pergi la ke Pasar Payang, mencari lekor yang vakum punya. Selepas dicuba, bagi aku rasa dia ok. Masih ada 'keterengganuan ' di situ. Jadi aku pun laju bertanya pada kawan aku, berapa dia nak? Jawabnya dua bungkus. Jari aku gatal lagi. Kali ni aku tanya lagi, cukup ke? Sekali dia balas empat bungkuslah. Terkejut juga. Empat bungkus, tambah lagi satu bungkus untuk kawan aku yang lagi satu, dah jadi lima bungkus. Boleh tahan beratnya. Selepas tulah baru aku decide nak beli baggage.
Nak menarikkan lagi cerita ni, dua hari sebelum aku pulang ke Sabah, (Khamis) aku ke Pasar Payang lagi. Niatnya cuma nak bertanya berapa lama lekor ni boleh tahan. Dua hari dalam peti sejuk. Itu yang mak cik penjual tu cakap selepas aku beritahu aku pulang hari Sabtu. Kepala aku buat kira-kira, bajet-bajet dan pertimbangan segera. Dan aku beli. Lima bungkus dengan harga RM23. Berbaloi. Sampai di rumah, cepat-cepat aku masukkan lekor-lekor tu ke dalam peti sejuk. Masa tu aku masih lagi was-was, boleh tahan ke lekor ni sampai Ahad? Kawan aku kedua-duanya balik ke kampus hari Ahad. Bagi memujuk hati dan kepala yang dah tak cukup masa nak fikir, aku anggap je lekor-lekor tu selamat di bawah lindungan Allah.
Sabtu. Aku selamat sampai ke kampus dengan Ain dan Nadiah pukul 8.30 malam. Aku telefon mak aku, cakap yang aku dah sampai, dan dia ingatkan aku untuk keluarkan lekor daripada beg. And I did it. Tengah hari esok, tergerak hati aku nak menjenguk lekor-lekor tu. Terkejut. Kanja. Setok. Lekor-lekor tu basah sebab wap dan keluar, dan dalam bungkusannya ada air. Cuak. Aku cuba hidu. Bau dia boleh tahan busuknya. Aku beritahu kakak aku. Dia cakap sebab aku tidak masukkan dalam peti sejuk. Laju kaki aku meluru pergi cari peti sejuk di masjid. Selesai simpan, aku mesej kawan aku, cakap yang aku baru je masukkan lekor dia dalam peti sejuk dan mintak dia ambil segera. Malam tu, 8.30 malam baru dia datang ambil. Dalam peti sejuk tinggal lagi satu.
Dan tadi, bungkusan terakhir tu aku ambil. Serah kepada pengirimnya. Aku pesan, kalau dah tak elok, jangan makan, bagi kucing je. Dia tengok, dan cakap masih elok lagi. Beberapa minit selepas tu, dia mesej, cakap lekor tu dah basi. Allahu. Mood aku merudum. Terus aku teringat pada kawan aku yang dah bayar RM20 tadi pagi. Macam mana kalau dia punya pun basi juga? Sampai sekarang aku gelisah. Rasa nak tanya tu ada, tapi rasa segan tu lagi tebal. Jadi aku pun conteng la benda dalam kepala aku dekat blog, dengan harapan lega sikit selepas ni. Sekian cerita aku pasal keropok lekor vakum. Lepas ni, kalau aku bawa lekor, aku pastikan yang dah bergoreng saja yang dibawa. Berhuhu la aku malam ni.
Ini dia rupa lekor vakum tu. Gambar dicuri dari blog lain. Hihi..
Saya punya x masuk peti Ais pun bertahan 4-5 HARI alhamdulillah la ...mungkin lekor yg vakum kamu beli Masih mengandungi Air do Dalam plastik vakum
ReplyDeleteya Allah dik alhamdulillah jumpa cerita kamu. tengah bekira kira nk bwk jalan kepok lekor vacuum jgk ni tp was was. dh jumpa cerita kamu ni tak jadi la rasanya 😅 tq so much dik
ReplyDelete