Monday, 11 May 2015

Perlu ke memaki?

Pernah tak anda dimaki tanpa anda nampak di mana keperluan memaki itu sendiri? Kalau berdasarkan pengamatan aku sendiri memang tiadalah keperluan memaki ni tidak kira pada situasi apa sekali pun. Tapi itulah yang membuatkan aku cukup-cukup terasa apabila dimaki. Orang akan label aku ni maha suci jika aku menampakkan keterasaan aku tu. (gangguan bahasa) Jadi alternatif yang diambil adalah diam.
          Sekarang aku mula boleh menerima kepelbagaian ragam manusia. Ada manusia yang boleh dibawa bergurau mengikut cara apa-apa pun, dan ada yang boleh bergurau dengan gurauan-gurauan tertentu sahaja, dan ada juga yang tidak boleh dibawa bergurau langsung. Macam aku ni memang aku tidak boleh terima guruan yang berunsurkan makian. Tapi jarang aku tunjuk yang aku ni terasa. Biasanya aku terus diam dan seboleh-bolehnya cuba untuk lari dari situasi. Orang mungkin menganggap  aku ni sebagai seorang yang tidak boleh dibawa bergurau walaupun sebenarnya aku ok. Prinsip aku mudah, asalkan tiada kata-kata makian dan tidak menjatuhkan maruah, aku boleh terima.

           Semalam aku dimaki di laman sosial, mungkin salah aku sendiri. Mungkin selepas ni aku kena lebih berhati-hati. Macam aku nyatakan tadi, ada orang hanya boleh bergurau dengan gurauan-gurauan tertentu sahaja. Macam aku sendiri. Terasa. Cukup terasa. Aku dulu pun pernah juga memaki orang, tapi yang ringan-ringan sajalah. Hahaha..Tapi bila dah boleh berfikir dengan usia 30-an, aku mula sedar yang memang tiada keperluannya untuk aku memaki orang, sekali pun bergurau. Salah satu sebabnya adalah aku sendiri yang tidak mahu orang menuturkan kata-kata kesat pada aku, jadi caranya adalah dengan aku mengelak daripada menuturkanya pada orang. Kata-kata pujangga Inggeris ada berkata, treat others the way you like to be treated. Tapi dalam Islam pula mengajar kita supaya treat others more than you like to be treated. Alasan aku kukuh bukan? Hahaha.. Jangan buat orang kalau kita tidak mahu dibuat orang. Lagipun aku tak nak anak-anak aku (semoga dikurniakan anak) nanti cakap benda yang bukan-bukan, bukan mahu menjaga status, tapi memang itulah antara nilai Islam yang perlu dipraktikkan. Jadi contoh yang baik perlu aku tunjukkan. Wink wink..

           Dulu masa darjah 5, cikgu Sains aku pernah cakap, orang Terengganu kalau bercakap mesti ada perkataan 'bodoh', 'menatang' dan sebagainya sebab sudah menjadi kebiasaan dan bukannya niat seseorang itu untuk menuturkannya. Masa tu aku macam boleh terimalah, tapi bila sel otak dah berhubung, aku mula rasa janggal dengan hipotesis menyeleweng cikgu aku tu. Sebabnya benda ni boleh diubah dan boleh juga dibentuk. Kalau persekitaran dia subur dengan kata-kata makian maka itulah yang menyebabkan dia terbiasa. Think twice. A smart person knows what to say, a wise person knows whether or not to say it. Hihi..

p/s: Aku ada kuliah ganti pukul 8, sekarang masih di bilik.. Kwang3...

No comments:

Post a Comment