Friday, 15 May 2015

Jaga Solat

Di IPG aku ni ada satu budaya yang tidak dipandang berat, penting, walhal ada yang mempersoalkan kewujudan budaya ni. Gush ataupun ziarah yang dilakukan bagi tujuan mengajak orang ke masjid. Biasanya dilakukan selepas maghrib setiap hari Jumaat di sini. Budaya ni dihidupkan oleh warden aku sendiri, Pak Uda. Mungkin satu hari nanti aku akan buat entri pasal Pak Uda. Panjang kalau nak diceritakan sekarang.

          Dipendekkan cerita, tadi selepas maghrib Pak Uda ni datang ke bilik aku dengan jemaahnya. Segan juga aku nak menjamu mereka dengan bilik macam lepas banjir aku ni. Tapi alang-alang dia dah terlajak masuk aku relakan juga. Macam biasa kiasan Pak Uda ni lain, orang dah banyak makan garam begitulah gamaknya. Sampailah pada satu kenyataan yang menyentapkan hati batu aku. "Kalau solat tak boleh jaga maka semua benda pun tak boleh jaga." Lebih kurang macam itulah ayat Pak Uda tadi. Terus kepala otak aku tayang perkara-perkara yang tampak ketidakberhasilannya dalam hidup sekarang. Tunduk. Hahahaha... Rasa kesal pula masuk bertamu sekali dalam bilik. Kata Pak Uda, cara nak jaga solat adalah dengan
  1. Solat di awal waktu
  2. Solat secara berjemaah
  3. Solat pada tempat di mana azan dilaungkan, dan
  4. Solat dengan takbir yang pertama
            Memang banyak kali sudah aku dengar Pak Uda cakap tentang ni, tapi sebab lama sangat tak dengar buat aku sentap dalam-dalam berabis. Mulai esok pasang azam kemas-kemas nak jaga solat. Hihihi.. Semoga berjaya. 
 

No comments:

Post a Comment