Saturday, 30 May 2015

Kecutian

Dah agak lama blog ni tidak diupdate. Semuanya gara-gara peperiksaan yang memang hampir membunuh aku. Selepas dapat tahu yang markah kerja kursus subjek major aku macam haram, aku punya usaha untuk exam kali ni lain macam. Memang betul-betul aku struggle. Tapi tetap juga aku melayan lagu-lagu di Youtube, takkan nak bazirkan internet laju kan? Hahaha.. Tapi betul, aku punya persediaan kali tak macam semester lepas. Kalau semester lepas aku belajar seorang-seorang dalam kalangan budak opsyen lain, kali ni aku belajar dengan budak opsyen aku sendiri. Nampak juga kewarasan aku di situ. Tiap-tiap malam Acap akan bertandang ke bilik aku, ulang kaji sama-sama. Soal boleh jawab tak boleh jawab belakang cerita, sebab hakikatnya memang pedih untuk diterima. Isk isk...

          Dan sekarang aku di rumah. Hari ketiga di rumah. Tiba-tiba macam rasa kosong pula. Rindu kampus mungkin. Hahaha.. Hari pertama di rumah selera aku hilang. Entah ke mana. Hari ni rasa macam dah ok sikit. Mungkin aku rindu berlapar dengan kawan-kawan di IPG.

        Cuti aku kali ni memang tak pernah berubah daripada cuti-cuti sekolah sebelum ni. Aku di rumah menunggu cuti habis. Tak pernah aku melawat melancong melepak ke mana. Cuma di rumah. Akan aku usahakan untuk baca buku-buku yang dah dibeli tu sampai habis. Movie-movie yang bersarang dalam laptop ni pun akan dihabistontonkan. Tiga minggu cuti tu tak lama, tapi akan terasa lama kalau tiada aktiviti yang diisi. Oh ya! Semalam dah keluar keputusan panggilan IPG untuk junior-junior aku. Seorang daripada 3 orang kawan aku lulus temuduga. Dapat opsyen Sains juga, tapi di kampus Ipoh. Syukur bukan di Tawau. Hahaha.. Nanti aku akan buat entri untuk budak-budak baru ni, sebagai guide yang diharap dapat membantu.

p/s: Dah habiskan 2 buah buku, 5 lagi menanti. Esok nak tambah lagi bilangan buku baru. Hihi..

No comments:

Post a Comment