Thursday, 14 May 2015

Bikin pening

Semalam masa kelas fizik, pensyarah bagi tahu markah kerja kimia aku lebih kurang sama macam fizik je. Mental aku terus je ranap. Dalam diam aku whatsapp pensyarah kimia aku, tanya gred kerja kursus. Dan respon dia memang menghancurkan hati aku. B. Kedua paling rendah dalam rendah. Tiba-tiba rasa rendah diri datang. Rasa diri paling bangang dalam kelas menyerbu aku.

          Itu baru satu, tadi lepas kelas kimia, Ketua Jabatan minta aku dengan kawan-kawan jumpa dia. Aku dah agak pasal apa dia nak sembang. Dan sekali lagi hati aku jatuh luruh gugur berkecai bila dapat tahu gred kerja kursus biologi pun B juga. Tebal semacam je rasa muka aku tadi. Panasnya tak boleh nak describe kat sini. Tiga B, untuk semua subjek major aku. Lepas aku tengok markah biologi dalam laptop pensyarah, barulah aku tahu yang kedudukan aku sekarang ni di tempat kedua dari belakang. Malu kot. Sekarang tengah cari semangat belajar, supaya dapat cover sikit kecacatan kerja kursus.

          Dan masa kelas kimia tadi pula, kakak aku mesej, bagi tahu mak aku di kampung mula rasa sakit-sakit lepas terjatuh 2 hari lepas. Mak aku terjatuh masa nak menutup pintu, tombol pintu tu tertanggal. Kakak aku cakap sampai terbaring mak aku. Meleleh juga air mata aku dalam kelas tadi, tapi aku pandai sorok, nanti orang salah sangka pula. Dengan usia mak aku yang dah mencecah 61 tahun, kemalangan macam tu tidak mustahil boleh menjejaskan kesihatan dia. Dan dengan usia macam itu jugalah degilnya semacam. Manalah dia nak dengar nasihat anak. Minta ke klinik tak mahu, minta pergi berurut pun tak mahu. Sabar. Sebab itulah patuh pada ibu bapa ni lebih utama dari jihad, sebab perjuangan ini lama. Sabar dengan ragam ibu bapa ni besar ganjarannya.

          Disebabkan keputusan yang macam hantu, aku kenalah belajar bersungguh-sungguh. Tidak boleh main-main lagi. Cuma tinggal 7 hari saja lagi sebelum hari peperiksaan. Setiap kali aku telefon mak aku, dia selalu pesan aku untuk membaca betul-betul, dan mengatakan dia tidak pernah putus mendoakan aku. Sebak. Tapi perangai hantu aku tetap juga sama. Hmmmm....

p/s: Azam nak jadi anak baik!

1 comment:

  1. Casinos Near Me | The Loop | JeantHub
    Hotels near Casino 경산 출장샵 Near Me. 강원도 출장마사지 Casinos Near Me. Hotels 영주 출장안마 1-800-Gambler.com. Hours, Address, Phone Number, Reviews, 울산광역 출장마사지 Photos. 세종특별자치 출장안마

    ReplyDelete