Salam.
Entah kenapa makin lama makin aku tinggalkan blog aku ni. Mungkin dan jadi trend kot untuk pengguna-pengguna blog ni untuk abaikan blog diorang lepas dah bosan dan tak tahu nak update pasal apa. Hahahah... Aku bukannya takde masa nak buka, update, post dan sebagainya, cuma entahlah kenapa tiba-tiba hilang semangat nak menaip tu. Lagipun life aku ni takdelah menarik sangat.
Aku fikir lepas ni aku kena hidupkan balik blog aku. Mungkin tak bermanfaat kepada orang, tapi bermanfaat kepada aku untuk dijadikan sebagai diari. Almaklumlah forever alone kan. Btw, exam is just around the corner. Kurang 2 minggu lagi nak jumpa first paper. Cuak tu kurang sebab kawan-kawan pun takde tunjuk semangat ulang kaji. Tapi ok lah sebab aku dah mula ulang kaji pelan-pelan dan sorang-sorang seperti biasa. Nanti kalau dah malam sebelum exam barulah meriah asrama aku ni, macam sehari sebelum due date assignment ahaks.
Oklah, tidur dulu. Selamat malam.
KuCingOren
Thursday, 27 October 2016
Saturday, 4 July 2015
Bubur Lambuk
Baru aku sedar hari ni dah masuk Ramadan yang ke-18. Itu pun sebab terbaca di Facebook. Culas betul aku mengira ni. Sedar-sedar dah nak habis Ramadan. Paraiii..
Semalam ada aktiviti masak-masak di masjid. Mula jam 11 pagi, tapi pukul 11 pagi masih di bilik, tunggu orang panggil. Hehe.. Semasa zaman junior semester 1, seorang pensyarah aku pernah keluarkan kenyataan yang pada pendapat aku kebanyakan orang akan setuju, "Hari Sabtu adalah hari tidur sedunia". Haha.. Memanglah kan? Korang yang hujung minggunya Sabtu dan Ahad mesti akan tunggu hari Sabtu, sebab nak rehat habis-habisan punya. Atas alasan itulah aku bermalas-malasan di bilik, dan ada sedikit sungutan di hati bila dikerah untuk memasak.
Program masak-masak yang dibuat ni sebenarnya di bawah Biro Dokumentasi, diorang memang dah tak ada aktivit nak anjur, jadi main rembat saja yang mana berkenan. Dan juadah yang dimasak adalah bubur lambuk. Tujuan asalnya adalah untuk dibahagikan kepada penduduk di Inderasabah. Kehadiran ahli JPP memang mengecewakan. Kalau aku sendiri tidak hadir bertambah lagi kekecewaannya.
Kami mula masak lebih kurang pukul 12.30, selepas semua bahan siap disediakan. Memasak bubur lambuk ni memang lama dan leceh. Sebab itu kena buat ramai-ramai. Dan aku macam biasa berfungsi sebagai penyedia bahan dan tolong godak. Haha.. Aku mana reti masak. Kira ok jugalah sebab ini pengalaman pertama aku masak bubur lambuk.
Selepas pukul 4.30 petang, bubur lambuk siap dimasak dan cepat-cepat dibungkus, sebab kalau ikutkan tentatif, sepatutnya dah selesai pengagihan. Mungkin si pembuat kertas kerja pun baru rasa pengalaman pertama masak bubur lambuk, sebab itu tersasar jauh dia punya anggaran masa. Bertambah 'seronok' pengalaman aku ni bila 3 orang lelaki hilang dari situasi. Tinggallah aku dengan si Sabfil, untuk mengangkut bubur lambuk sebanyak 100 bungkus. Syukur ada junior 2 orang, Syukri dan Azmie yang sudi membantu. Mereka ikut sama mengagih bubur di sana.
Perjalanan mengambil masa dalam 20 minit. Sesampainya aku di sana, terkejut beruk melanda jiwa dan raga aku. Sangkaku kami akan mengagih bubur di kampung biasa yang berlantaikan tanah, rupa-rupanya di perkampungan nelayan yang rumahnya terpacak di atas air. Mula-mula masuk ok, sebab jalan dia lebar lagi dan berpaku. Bila dah masuk dalam sikit mulalah jumpa jalan yang hanya ada 3 keping papan yang melengkung apabila dipijak dan tidak berpaku. Terserlahlah aku punya gayat di depan orang. Sampai penghuni di situ pun tidak putus ingatkan aku untuk berhati-hati. Hahaha.. Ketara betul gayat aku ni.
Selesai mengagih bubur, kami pun dengan yakin dan suka ria berjalan balik ke pacuan empat roda. Sampai di kereta,baru kami perasan rupa-rupanya ada lagi satu kotak yang belum diagihkan. Banyak pula tu. Haha.. Kelam kabut semua dibuatnya. Kami pun main serah je pada siapa-siapa yang ada depan mata. Sebab memang dah dekat waktu berbuka. Sampai di IPG, tinggal lagi 10 minit sebelum berbuka, yang hairannya cuma ada 3 orang yang datang untuk berbuka walaupun hidangannya banyak. Sampai waktu berbuka pun memang tidak ramai yang datang sampaikan banyak makanan yang lebih.
Sebelum ni aku pernah dengar dari mulut kawan aku, yang suami seorang pensyarah yang guide kami masak itu sebenar masakannya tidaklah sesedap mana, cuma lagaknya yang lebih. Semalam semasa memasak memang aku kagum dengan dia punya kemahiran dan ilmu, sampaikan bau bubur lambuk menguasai kawasan dalam masjid. Tapi bila aku makan, rasanya macam kurang. Hahaha.. Tak tahulah sama ada kami yang tersalah buat atau memang dia yang terlebih lagak.
Monday, 22 June 2015
Lekor Vakum
Aku bukanlah satu-satunya orang Terengganu di sini. Kami berempat. Tiga dari batch aku, dan seorang lagi super senior(semester 8). Umumnya, apabila orang di sini tahu yang aku berasal dari Terengganu, diorang akan minta aku bawakkan diorang keropok lekor, sama ada secara acah-acah atau betul-betul. Pelbagai alasan aku bagi. Bukan tidak mahu bawakkan, cuma aku risau kalau-kalau lekor tu basi. Puas aku cakap, yang makanan ni tidak tahan lama tapi tetap juga diorang nak. Dan yang hairannya cuma pada aku diorang minta kirim.
Buka semester baru, dua orang kawan aku, Sabahan, minta kirim belikan diorang lekor. Aku pun cuba juga bagi alasan seperti biasa. Tapi diorang ni degil, nak juga aku bawakkan. Seorang bagi alasan mak dia yang nak merasa, membuatkan aku serba salah. Jadi aku pun pergi la ke Pasar Payang, mencari lekor yang vakum punya. Selepas dicuba, bagi aku rasa dia ok. Masih ada 'keterengganuan ' di situ. Jadi aku pun laju bertanya pada kawan aku, berapa dia nak? Jawabnya dua bungkus. Jari aku gatal lagi. Kali ni aku tanya lagi, cukup ke? Sekali dia balas empat bungkuslah. Terkejut juga. Empat bungkus, tambah lagi satu bungkus untuk kawan aku yang lagi satu, dah jadi lima bungkus. Boleh tahan beratnya. Selepas tulah baru aku decide nak beli baggage.
Nak menarikkan lagi cerita ni, dua hari sebelum aku pulang ke Sabah, (Khamis) aku ke Pasar Payang lagi. Niatnya cuma nak bertanya berapa lama lekor ni boleh tahan. Dua hari dalam peti sejuk. Itu yang mak cik penjual tu cakap selepas aku beritahu aku pulang hari Sabtu. Kepala aku buat kira-kira, bajet-bajet dan pertimbangan segera. Dan aku beli. Lima bungkus dengan harga RM23. Berbaloi. Sampai di rumah, cepat-cepat aku masukkan lekor-lekor tu ke dalam peti sejuk. Masa tu aku masih lagi was-was, boleh tahan ke lekor ni sampai Ahad? Kawan aku kedua-duanya balik ke kampus hari Ahad. Bagi memujuk hati dan kepala yang dah tak cukup masa nak fikir, aku anggap je lekor-lekor tu selamat di bawah lindungan Allah.
Sabtu. Aku selamat sampai ke kampus dengan Ain dan Nadiah pukul 8.30 malam. Aku telefon mak aku, cakap yang aku dah sampai, dan dia ingatkan aku untuk keluarkan lekor daripada beg. And I did it. Tengah hari esok, tergerak hati aku nak menjenguk lekor-lekor tu. Terkejut. Kanja. Setok. Lekor-lekor tu basah sebab wap dan keluar, dan dalam bungkusannya ada air. Cuak. Aku cuba hidu. Bau dia boleh tahan busuknya. Aku beritahu kakak aku. Dia cakap sebab aku tidak masukkan dalam peti sejuk. Laju kaki aku meluru pergi cari peti sejuk di masjid. Selesai simpan, aku mesej kawan aku, cakap yang aku baru je masukkan lekor dia dalam peti sejuk dan mintak dia ambil segera. Malam tu, 8.30 malam baru dia datang ambil. Dalam peti sejuk tinggal lagi satu.
Dan tadi, bungkusan terakhir tu aku ambil. Serah kepada pengirimnya. Aku pesan, kalau dah tak elok, jangan makan, bagi kucing je. Dia tengok, dan cakap masih elok lagi. Beberapa minit selepas tu, dia mesej, cakap lekor tu dah basi. Allahu. Mood aku merudum. Terus aku teringat pada kawan aku yang dah bayar RM20 tadi pagi. Macam mana kalau dia punya pun basi juga? Sampai sekarang aku gelisah. Rasa nak tanya tu ada, tapi rasa segan tu lagi tebal. Jadi aku pun conteng la benda dalam kepala aku dekat blog, dengan harapan lega sikit selepas ni. Sekian cerita aku pasal keropok lekor vakum. Lepas ni, kalau aku bawa lekor, aku pastikan yang dah bergoreng saja yang dibawa. Berhuhu la aku malam ni.
Ini dia rupa lekor vakum tu. Gambar dicuri dari blog lain. Hihi..
Thursday, 18 June 2015
Satu Ramadan
Semalam sebelum mata aku terlelap, kepala aku rancak mengingat balik memori-memori masa bersahur, berbuka, berterawih dan membeli di bazaar. Rasa segar semacam. Macam baru lagi. Sekali kepala aku cakap itu memori 2 tahun lepas. Hahahaha.. Baru aku teringat tahun lepas 29 hari aku berpuasa di Sabah. Beraya pun di sana. Yang itu langsung aku tak teirngat, yang di kampung juga dikenang. Hihihi..
Berbaki 3 hari lagi cuti, atau mungkin 2, aku berpeluang juga berpuasa di rumah. Dan inshaallah tahun ini aku beraya di kampung, bukan lagi di Semporna. Alhamdulillah. Sebut pasal beraya di Semporna, teringat pula dekat seorang bakal junior aku ni. Orang Selangor. Tidak balik raya. Kesian pun ada juga. Sebab aku sendiri dah rasa macam mana beraya jauh daripada keluarga walaupun masih di Malaysia, walaupun aku tidak berapa faham mengapa raya itu seronok dan ditunggu-tunggu oleh kebanyakan orang. Hahaha.. Pengakuan jujur.
Aku pernah juga rasa macam raya ni syurga dunia, tapi masa kecil la. Sekarang bila dah besar panjang aku dah tak faham erti raya. Dan aku rasa pada adik-beradik aku yang lain pun begitu juga. Tiada gelak ketawa semasa beraya. Kenapa? Biarlah rahsia. Biarlah jadi kenangan manis kami je. =). Yang penting aku masih lagi bersama keluarga. Susah senang bersama.
Memandangkan tinggal 2 hari lagi sebelum aku pulang ke Sabah, tekak aku ni nak pula merasa makanan bazaar di sini. Bazaar yang hampir dengan IPG aku memang dah lenyap, dah jadi lebuh raya. Hahaha.. Memang tak merasalah suasana puasa petang-petang. Tadi sempat juga aku beli air tebu, puding, keropok lekor(wajib), lauk dengan 'nekbak'. 'Nekbak' ni yang susah nak cari, mungkin di Terengganu je kot ada, atau mungkin di semenanjung saja. Muncul je bulan puasa kuih nama nekbak pun keluar juga. Itu yang rare pasal kuih ni. Kebiasaannya hari pertama puasa lauk di rumah mesti gempak-gempak di kebanyak rumah, tapi di rumah aku sama je. Cuma hari terakhir saja yang kurang sikit juadah, sebab dah hilang semangat puasa. Haha.. Mungkin semua rumah juga macam tu kot.
Puasa aku tahun ni kira havoc sikit la sebab hari ketiga nanti aku berbuka dalam kapal terbang. Haha.. Airasia buat hal tukar aku punya flight. Dari pukul 12.30 tengah hari, ditukarnya aku ke pukul 3.40 petang dan dijadualkan sampai di Tawau pukul 6.30 petang. Haru juga. Hahaha.. Di Tawau sekarang ni berbuka pukul 6.23 petang. Tak tahu macam mana rupanya berbuka dalam kapal terbang ni. Apa-apa pun aku kena sediakan air juga. In case pihak Airasia tak bagi apa-apa.
p/s : Okay juga hari pertama ni. Takde lah penat mana walaupun dah lama tak puasa. :-P
Wednesday, 17 June 2015
Junior IPG (Bahagian 2)
*Sesi membuang habuk pada blog.
Lebih kurang ada 5 hari saja lagi sebelum pengajian aku bermula. Cuti pulak berbaki 3 hari lagi. Dan macam biasa, bila sudah sampai hujung-hujung cuti akan ada banyak perkara yang aku menyesal sebab tidak dapat buat. Hahaha.. Apa-apa pun aku tetap bersyukur dengan keputusan untuk PPISMP semester 2, lebih baik daripada yang lepas. #3.26. Mungkin pada sesetengah orang keputusan aku ni tidaklah seberapa bagus, tetapi pada aku dah cukup baik. Lagipun lepas ni pointer ni dah tidak dikira. Hello degree! Hahaha..
Disebabkan tinggal beberapa hari saja lagi sebelum pagar IPG buka untuk menyambut para pelajar yang gigih ni, aku nak buat sedikit panduan untuk adik-adik yang bakal masuk untuk tahun ni bagi mengambil 'feeling' senior. Hahaha..
2. MINGGU KULIAH
Selepas habis MPPB kamu semua bolehlah merasa masuk kuliah. Hari pertama belum belajar lagi mungkin. Macam sekolahlah jugak. Lantik AJK-AJK yang patut dalam kelas tu. Mentor setiap kelas akan ada. Jadi perkara-perkara di bawah ni kamu perlu tahu dan kena sediakan mental sebagai seorang junior. Hihihi..
i. Pakaian Kuliah
Lelaki: Baju kemeja lengan panjang, seluar slack, kasut kulit
Perempuan: Baju kurung, kasut kulit bertumit, bertudung(Muslim), kemeja lengan panjang dan skirt labuh(non Muslim)
Senang cakap rujuk pakaian cikgu-cikgu kamu di sekolah ya. Hahaha.. Macam mana mereka pakai macam tu jugalah kamu pakai. Bagi perempuan, kemeja hanya dibenarkan bagi non Muslim sahaja. Baju yang ketat dilarang sama sekali. Kebaya pun tidak dibenarkan.
ii. Tempoh Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)
Disebabkan kamu dilatih untuk jadi guru, maka P&P pun bermula sama seperti sekolah. Jam 7.30 pagi kuliah bermula sehingga jam 1 petang. Bagi junior, disebabkan kamu hanya ada 2 semester untuk PPISMP, maka jam kuliah akan dipanjang sehingga jam 4. Itu paling lewat. Bukan hari-hari, pada hari tertentu sahaja. Mohon tidak mengeluh ya, sebab di IPT lain ada yang sampai jam 5 setiap hari.
iii. Peratus Kehadiran
Perkara ini yang membezakan IPG dengan IPT lain. Peratus kehadiran pelajar kalau tidak silap mesti sekurang-kurangnya 90%. Kalau didapati kurang, kemungkinan untuk tidak layak menduduki peperiksaan itu ada. Jadi hati-hati. Biasanya kehadiran pelajar di IPG ke kuliah adalah 100%. Haaa..jangan terkejut. Tiada yang berani ponteng melainkan tidak hadir secara bersebab. Semester lepas pun kelas aku setiap hari kehadiran 100%. Yang keluar sebab terlibat dengan aktiviti tu adalah.
iv. Aktiviti / Program IPG
Semua program dan aktiviti yang dijalankan di IPG mesti disertai, atau boleh juga dikatakan sebagai wajib. Sebab pelajar di IPG dibayar untuk belajar dan mengikuti aktiviti di sana. Hahaha.. Lebih-lebih junior, mana ada peluang nak elak, sentiasa kena cari. Jadi, junior jugalah biasanya yang dikerah tenaga untuk membuat persiapan program. Hatta ketika bulan puasa pun. Jadi mohon bersedia dan jangan pernah bersungut. Setiap orang juga pernah kena.
3. PERKARA-PERKARA LAIN
i. Elaun
Elaun akan diberikan sebanyak RM430 seorang. Itu jumlah bersih setelah ditolak yuran asrama. Ada yang cakap bayaran elaun bergantung pada kawasan. Bila dah masuk PISMP nanti elaun akan bertambah sebanyak sekian-sekian yang belum aku tahu, Sedang menunggu.
ii. Barang Larangan
Ini pun aku kurang jelas. Hahaha.. Tapi kalau di IPG aku peralatan elektrik yang menggunakan elektrik yang banyak seperti speaker besar, seterika tidak boleh dibawa. Jika didapati kantoi kompaun akan dikenakan. Ambik kau, elaun dah sikit kena lagi kompaun.
Rasanya cukuplah itu setakat itu saja ya. Nanti dah masuk pandai-pandailah kamu explore ya. Bukan juga susah hidup di IPG. Selepas satu semester kamu akan faham cara hidup di sana. Selamat datang kepada semua bakal guru-guru pelatih. Peace.

Tuesday, 9 June 2015
Lauk Semalam
Tadi aku ke bandar ambil kakak aku. Baru sampai dari Dungun. Sekarang dah bising rumah aku dengan sangka kala dia. Kakak aku yang sulung pulak kirim belikan buku yang ada cerita pasal handphone, yang selalu aku beli dulu sebelum pakai smartphone.
Tengah-tengah cari di terminal bas, kami (aku dengan kakak aku) lalu depan sebuah gerai makan. Mak cik yang jaga gerai tu cepat-cepat bangun, mempelawa kami duduk. Kakak aku pula pusing kiri buat-buat tak tahu. Tiba-tiba aku tersentuh dengan perbuatan mak cik tu. Usia dia kira-kira lebih kurang sama dengan mak aku. Aku pusing balik, pura-pura tengok senarai makanan gerai dia, mak cik tu perasan, sekali lagi dia mempelawa aku duduk. Aku senyum, sambil geleng-geleng kepala. Mata aku masa tu macam dah tak nampak jalan. Cuma nampak mak cik tu saja.
Baru aku sedar selama aku sombong, selalu melihat orang di atas, lupa pada orang di bawah. Mak cik tu satu orang je jaga gerai dia. Orang lain kebanyakannya yang muda saja. Aku selalu pandang hidup aku susah. Hanya sebab aku tiada ayah. Padahal mak aku tidak pernah kerja meniaga macam tu, berdepan dengan pelanggan. Hidup aku memang beruntung. Tidak pernah aku berlapar. Cuma aku yang sombong. Sarapan hari ni pun aku belum sentuh. Tidak salah hidup membanding, asalkan memandu kita ke arah kebaikan.
Semalam pun aku ada ternampak seorang mak cik yang mungkin layak aku panggil nenek, menjual sayur di pasar minggu. Aku kira mungkin tiada orang nak membeli sayur petang-petang hari. Berpanas di tanah beralaskan kanvas. Seorang. Cuma payung yang meneduhkan sayur-sayur dia. Memang aku lagi beruntung. Aku selalu pandang jiran aku yang dahulunya hidup lagi susah dari aku sekarang sudah berkereta, berumah cantik. Memang hilang syukur masa tu. Allahu.. Benih syukur tiada dalam hati aku. Rakus dan sombong memakan diri. Lauk 3 hari lepas masih ada dalam peti, tidak disentuh, hanya kerana sentiasa ada lauk baru dalam rumah aku.
Allahu,,memang hidup aku jauh lebih beruntung.
Monday, 8 June 2015
Junior IPG
Entah kenapa sekarang ni aku liat semcam je nak update blog. Berangan je lebih. Hahaha.. Macam-macam alasan aku kasi dalam kepala. Tapi kali ni aku paksa juga diri untuk update, sebab mengenangkan masa aku dulu aku tak jumpa panduan yang boleh buat aku lega sikit sebelum masuk IPG nih, jadi niatkan nak tolong adik-adiklah kiranya. Bertemankan lagu Korea yang sedih ni aku bagi sedikit info untuk kamu semua yang akan menjejakkan kaki ke IPG.
1. MINGGU PENDAFTARAN & PENGURUSAN PELAJAR BAHARU.
Di IPG kami panggil MPPB je. Kalau sebut je pasal benda alah ni ramailah yang mula mengungkit-ungkit kesengsaraan mereka. Hahaah.. Aku sendiri pun ada celah-celah sikit. Jadi apa yang kamu perlu tahu tentang MPPB ni?
Lelaki : Baju kemeja putih, seluar slack hitam, kasut kulit
Perempuan : Baju kurung putih, kain hitam, kasut kulit bertumit.
Kalau tidak silaplah, kasut tu mungkin warna hitam. Jadi kalau tak nak rasa awkward atau jadi perhatian, pakailah kasut hitam. Pakaian sama tidak mengira bangsa atau agama ya. Nak senang kamu tengok macam mana pakaian budak tingkatan 6 dulu, sebijiklah. Dinasihatkan untuk bawa lebih daripada sepasang ya. Jangan jadi macam aku, bawak sepasang. Hari pertama pakai dari pukul 3 pagi sampai 1 pagi esoknya. Siangnya tu pakai lagi. Bau memang macam haram sikit.
Pendaftaran mungkin bermula seawal jam 8 pagi. Dinasihatkan datang awal ya. Sebab dalam pukul 11 macam tu akan ada taklimat. Masa aku dulu aku sampai pukul 10++, sebab baru landing, datang-datang tak sempat daftar. Yuran dibayar masa hari kejadian.
iii. Asrama
Selepas taklimat kolej kediaman, kamu akan diberikan kunci bilik. Satu dibilik dua orang mungkin. Bergantung pada kampus. Perlu diingatkan, selepas masuk bilik kemungkinan tiada masa untuk kemas-kemas, sebab senior memang dah gatal tangan nak seksa kamu semua. Hahaha.. Sarung bantal, cadar dan selimut mohon bawa. Pihak kolej kediaman hanya sediakan bantal dan tilam.
iv. "Pengurusan Pelajar"
Ini yang paling ditunggu-tunggu oleh fasilitator-fasilitator yang tak berapa nak terpilih ni. Mereka memang dah merancang macam mana nak seksa kepala otak kamu semua tanpa ada sentuhan fizikal. Okay? Hahaha.. Jadi tenang-tenang saja. benda ni tak lama pun, jadi aku mohon bersabar, mental kena kuat. Tapi mungkin untuk batch tahun ni tidak seteruk yang sebelum-sebelum ni. Sebab kamu semua masuk time bulan puasa kan? Jadi kami pun menghormati juga bulan mulia ni. Hehehe.
Baiklah, rasanya itu saja yang kamu perlu tahu tentang MPPB. Nanti aku akan updatekan pasal hidup di IPG pulak. Dah dekat zohor ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)